Bismillahirrahmanirrahim
Assalamua'laikum & selamat sejahtera semua pembaca
RemajaBoroi yang sihat2 belaka! MATI!! Satu perkataan yang menggerunkan, tapi berapa ramai yang sudah bersedia untuk MATI? MATI itu pasti...MATI itu tidak diketahui bila,di mana atau bagaimana ia akan berlaku....Jangan berasa yakin bahawa anda akan terus bernyawa, even untuk seminit yang berikutnya...Jom baca cerita kat bawah ni...
 |
| SENTIASALAH MENZIARAHI KUBUR UNTUK MENGINGATI MATI |
Apakah Engkau Masih Hidup Sebulan Lagi?
Suatu ketika, putera Amirul Mukminin Sayidina Umar al-Khattab pulang dari sekolahnya dalam keadaan menangis. Umar bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai anakku?"
Jawab anak Umar itu, "Kawan2 di tempat pengajian menghitung tampalan pada bajuku. Mereka berkata, lihatlah anak Amirul Mukminin ini, berapa tampalan yang ada pada bajunya?"
Umar sendiri pakaiannya terdapat 14 tampalan dan sebahagiannya ditampal dengan kulit haiwan. Lantas Umar menulis surat kepada Bendahari Negara dan di dalam surat itu beliau merayu, "Berilah hutang 4 dirham kepadaku dari Baitulmal. Apabila datang awal bulan nanti, potonglah gajiku."
Bendahari membalas, "Wahai Umar, apakah engkau menjamin hidupmu sampai satu bulan sehingga aku dapat meluluskan permohonanmu itu? Apakah yang akan engkau perbuat dengan wang Baitulmal jika engkau mati sedang wang itu masih dalam tanggunganmu?"
Setelah membaca surat balasan dari Bendahari Negara, Umar pun menangis dan berkata kepada puteranya, "Pergilah engkau ke tempat pengajianmu kerana aku tidak dapat menjamin nyawaku walaupun SESAAT."
Mastika (Mei 2008)
Tapi kalau kita lihat, Sekarang ni masing2 sibuk mengerjakan urusan duniawi sampai lupakan persiapan untuk mati. Berapa ramai antara kita yang setiap kali waktu tidurnya bertanya kepada diri sendiri, "Adakah esok hari kematianku? Apakah persiapanku untuk menghadapinya?"
Orang kita...AKu bagi contoh,bila masuk bab sembahyang, mesti bertangguh! Kalo x sembahyang di akhir waktu tu, kira bertuah laaa...
MATI tu x kenal masa...MATI ketika main bola...MATI ketika tidur...MATI ketika berborak...MATI ketika main komputer pun ada....Tengok video kat bawah ni
MATI datang menjemput kita pada bila2 masa...MATI xkan menunggu bila kita bersedia...Kitalah yang harus mempersiapkan diri untuk MATI....Sekian.
Yang Mengingatkan,,
 |
| (ROROI) |
RB cakap : Sudahkah anda bersedia untuk MATI?